Puisi Buat Adik
Duhai adik
tidakkah kau tahu
suatu ketika dahulu
rerama yang berterbangan
beburung yang berkicauan
sang arnab berlari riang
membunuh air matamu
tatkala terbit sang mentari
Duhai adikku
sedarkah dikau
pepohonan yang merimbun adalah teman setiamu
bebunga mekar indah pewarna ceriamu
menghiasi tawa manjamu
Duhai adik
seringkali kau rebah
pabila sepasang kaki comelmu
memangkah jatuh
tetapi rerumput hijau dan tebal menyambutmu
membelai halus kulitmu
membunag jauh goresan nestapa
lenyaplah jeritmu seketika
Duhai adik
mengapa kini kau yang dulu menyayangi
kau yang dulu membelainya
kau yang dulu memujanya
pohonan itu kau rebahkan
dadanya kau hancurkan
dan linangan air matanya membasahi bumi
adakah kau tahu?
Tanah ini yang membentangkan kehijauan
yang diserikan warna kesucian
kau robek isinya
kau punggah nikmatnya
meski kau tahu
betapa ia tersiksa...
Adik
perlukah aku khabarkan
bahawa dunia akan kiamat
keranamu...?
Sajak sempena Hari Alam Sekitar 1997
ly-musk
jerantut
tidakkah kau tahu
suatu ketika dahulu
rerama yang berterbangan
beburung yang berkicauan
sang arnab berlari riang
membunuh air matamu
tatkala terbit sang mentari
Duhai adikku
sedarkah dikau
pepohonan yang merimbun adalah teman setiamu
bebunga mekar indah pewarna ceriamu
menghiasi tawa manjamu
Duhai adik
seringkali kau rebah
pabila sepasang kaki comelmu
memangkah jatuh
tetapi rerumput hijau dan tebal menyambutmu
membelai halus kulitmu
membunag jauh goresan nestapa
lenyaplah jeritmu seketika
Duhai adik
mengapa kini kau yang dulu menyayangi
kau yang dulu membelainya
kau yang dulu memujanya
pohonan itu kau rebahkan
dadanya kau hancurkan
dan linangan air matanya membasahi bumi
adakah kau tahu?
Tanah ini yang membentangkan kehijauan
yang diserikan warna kesucian
kau robek isinya
kau punggah nikmatnya
meski kau tahu
betapa ia tersiksa...
Adik
perlukah aku khabarkan
bahawa dunia akan kiamat
keranamu...?
Sajak sempena Hari Alam Sekitar 1997
ly-musk
jerantut
Ulasan