Fana
Apa sebenarnya dari pandanganmu yang liar
dan bibir yang tebal itu
menutur bicara
mencabar kewibawaanku seorang lelaki?
Apa maksudmu
bila kata-kata kau tuturkan?
Apakah sekadar gurauan
atau sebuah hakikat yang penuh ketakburan
dalam jiwa yang sentiasa megah?
Apa yang kau cuba buktikan?
Handalkah kau andai punya ramai teman?
Hebatkah kau kerana menawan mereka?
Apakah dirimu hebat
sedang kau tahu segalanya pinjaman meski kau sedar ia cuma sementara
di alam yang juga fana?
Fikirkanlah kawan
semua yang kau banggakan
segala yang kau megahkan
akhirnya akan kembali kepada yang satu
sedang kau juga begitu
apakah kau tidak pernah berfikir?
ly-musk
Jun 1996
smapl
dan bibir yang tebal itu
menutur bicara
mencabar kewibawaanku seorang lelaki?
Apa maksudmu
bila kata-kata kau tuturkan?
Apakah sekadar gurauan
atau sebuah hakikat yang penuh ketakburan
dalam jiwa yang sentiasa megah?
Apa yang kau cuba buktikan?
Handalkah kau andai punya ramai teman?
Hebatkah kau kerana menawan mereka?
Apakah dirimu hebat
sedang kau tahu segalanya pinjaman meski kau sedar ia cuma sementara
di alam yang juga fana?
Fikirkanlah kawan
semua yang kau banggakan
segala yang kau megahkan
akhirnya akan kembali kepada yang satu
sedang kau juga begitu
apakah kau tidak pernah berfikir?
ly-musk
Jun 1996
smapl
Ulasan