Puisi-puisi Kenangan

Baru-baru ini aku menyelongkar kembali dokumen-dokumen dan kertas-kertas lama yang banyak terperuk dalam kotak. Alhamdulillah, aku temui kembali kebanyakan sajak dan puisi yang telah aku tulis sejak dari sekolah dahulu. Masa itu, gaya penulisanku agak kebudak-budakan namun aku bangga dengan karya-karya ini. Nasib baik coretan dan nukilan itu masih elok terjaga dalam lipatan-lipatan kertas yang telah berusia.

Oleh kerana itu, aku rasa elok jika aku coretkan semula nukilan dan karya tersebut di sini, agar pada masa akan datang, jika aku mengenang kembali masa silam, aku tidak perlu melihat pada kertas-kertas yang kian lusuh. Cukup sekadar mengimbaunya di sini. Dan semoga ia dapat dikongsikan bersama-sama ....

Ulasan

Catatan Popular