Ke mana Arah Tuju Anak-anak Muda Kita (I)?
Saban hari kita asyik mendengar pelbagai pertandingan nyanyian dan seumpamanya di televisyen dan radio. Objektifnya, melahirkan bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian bagi menjadi pelapis kepada artis-artis yang sudah dimamah usia (atau yang dah tak laku sebab dah tak dikeluarkan album). Hampir semua stesyen media hiburan ingin menganjurkan pelbagai rancangan berbentuk realiti dengan pelbagai tema dan gaya. Ada juga yang berbentuk keislaman (tahniah kepada para Qari dan Qariah, Hafiz dan Hafizah yang masih ramai di Malaysia ini). Ada juga yang berorientasikan bakat kewartawanan dan pengacaraan. Walau apa pun tema dan corak rancangan realiti itu, yang pastinya rancangan yang berunsurkan nyanyian, lakonan dan tarian menjadi pilihan utama sebilangan besar belia dan remaja di negara ini.
Yang terbaru, dianjurkan oleh sebuah stesyen radio yang mengangkat dirinya sebagai yang paling popular; rancangan untuk mencungkil bakat anak-anak kecil atas nama hak kanak-kanak untuk bersuara. Apa semua ini? Sampai kanak-kanak yang putih bersih itu pun nak dipupuk dengan perkara-perkara yang di luar kemampuan mereka. Apakah ini salah satu cara mengeksploitasi kanak-kanak oleh ibu bapa mereka? Atau oleh individu tertentu yang punya kepentingan atas konsep yang diwar-warkan? Entah saya pun tidak tahu.
Bukan saya menentang hiburan seperti nyanyian dan lakonan. Tidak juga anti kepada rancangan yang bercorak sebegitu. Cuma apabila rancangan itu menjadi terlalu banyak, pernahkah mereka yang menganjurkannya berfikir apakah kesannya kepada sosial dan pembangunan insan di negara ini dalam kalangan belia dan remaja kita yang hampir seratus peratus mengimpikan menjadi bintang rancangan realiti tv?
Jika bercakap tentang hukum agama, tentu sahaja hukumnya banyak menjurus kepada HARAM.
Tidakkah haram, jika mendendangkan suara lunak merdu untuk mempopularkan diri (bagi wanita). Sedangkan melagukan ayat-ayat Quran pun boleh menimbulkan fitnah inikan pula menyanyi yang sia-sia.
Tidakkah haram, jika yang datang itu berhias dengan segala macam perhiasan mengikut kemampuan, atau lebih dari kemampuan, dan mendedahkan tubuh yang seharusnya ditutup? Memakai pakaian yang menutup tubuh tetapi ketat sehingga menampakkan bentuk punggung yang mengiurkan dan belahan dada walaupun bertudung; apakah itu mengikut syariat atau sekadar fesyen yang mendorong ke arah maksiat?
Tidakkah haram, jika yang datang itu, menunggu sedari pagi sehingga malam; mana yang beratur - beraturlah ia; mana yang duduk - duduklah ia, melepaskan waktu solat yang difardhukan ke atas umat Islam selagi hayat dikandung badan? Oh, mungkin ada disediakan surau di sana. Tapi, mahukah mereka kembali beratur panjang setelah meninggalkan barisan untuk menunaikan solat? Merosakkkan rambut yang telah diset sehari sebelumnya? Merosakkan make-up yang selama sejam untuk disediakan? Em, entahlah... Allah itu Maha mengetahui tiap sesuatu.
Saya tidak menolak ada di antara mereka yang tidak melakukan seperti yang ditulis di atas. Ada yang memang menjaga perlakuan dan penampilan serta tanggungjawab kepada agamanya. Itulah, hanya Allah yang Maha Mengetahui tiap sesuatu.
Bagaimana pula dengan minat terhadap pelajaran? Sekarang ini, sibuk diperkatakan tentang tahap pendidikan di sekolah yang merosot (bukan berdasarkan pencapaian A dalam peperiksaan). Ada ramai yang menyalahkan guru yang tidak pandai mengambil hati para pelajar untuk hadir ke kelas. Ada juga yang menyalahkan pentadbiran sekolah yang tidak menyediakan suasana pembelajaran seperti yang dikehendaki oleh para pelajar masa kini. Em, susah betul kan dengan para remaja dan pelajar sekarang. Sekolah dah cukup segalanya. Ada kelas yang selesa. Meja dan kerusi yang sempurna. Kipas yang sentiasa berfungsi untuk menyamankan. Bandingkan dengan sekolah sezaman sebelum merdeka atau seawal negara ini mendapat kemerdekaan. Mungkin tidak adil sebab jauh sangat antara dua zaman ini. Bandingkan dengan sekolah di kampung-kampung yang sangat jauh dari bandar. Untuk datang ke sekolah, para pelajar perlu berjalan kaki sebab tiadanya jalan yang cantik, perlu naik bot sebab tiada kemudahan jalan raya. Kemudian bila sampai ke sekolah, sekolah itu bukan sekolah dua-tiga tingkat seperti yang ada di bandar-bandar besar atau sekolah anak-anak elit, cuma setingkat yang menempatkan ruang pembelajaran bagi ramai murid berlainan darjah dan kelas. Tapi mereka bersemangat untuk terus belajar. Mereka menghargai ilmu yang dicurahkan oleh para guru. Seperti mereka yang lahir pada zaman penjajahan lagi. Ilmu itu dikendong sampai bila-bila dan mereka yang berilmu dihormati sepanjang masa. Tapi kini, mereka yang popular dan kaya-raya kerana nyanyian dihormati oleh sebilangan besar rakyat. Menjadi idola walau tiada sumbangan pun kepada masyarakat.
Hasilnya, budaya memartabatkan ilmu itu semakin pudar. Anak-anak datang ke sekolah hanya sekadar menurut arahan ibu dan ayah yang telah membayar yuran. Kalau bosan ke sekolah, mereka ponteng ke tempat-tempat hiburan. Atau berpeleseran di pusat membeli-belah. Mungkin benar, dengan kehadiran para guru yang menjadi guru kerana tidak mempunyai pilihan kerja lain sedikit sebanyak memburukkan profesyen guru apabila guru-guru ini sekadar mencukupkan syarat pengajaran sahaja tetapi tidak mendidik. Tapi salah merekakah seratus peratus? Jika kajian menunjukkan sebegitu, mengapa diambil mereka ini bekerja sebagai guru? Apakah kerjaya guru ini semudah itu dicalarkan?
Saya menulis kerana saya rasa bertanggungjawab untuk mengubah situasi ini. Kenapa anak-anak muda sekarang terlalu menjauhkan diri dari ilmu pengetahuan? Kenapa begitu mudah terpengaruh dengan pujukan populariti para artis? Sedarlah wahai anak-anak remaja dan para pelajar. Tanpa ilmu, anda tidak akan ke mana-mana. Dunia ini tidak statik di zaman ini sahaja. Populariti akan jatuh bila tiada lagi orang mahu. Tapi ilmu akan sentiasa kekal dalam diri untuk manfaat sendiri, walau tidak dapat dimanfaatkan oleh orang lain.

Ulasan