5 sen pun berkira?
Seorang lelaki masuk ke dalam sebuah kedai serbaneka di sebuah stesen minyak terkemuka dunia. Dia hanya mahu membeli air mineral. Cuaca pagi masih sejuk. Jadi dia berkira-kira untuk membeli air mineral yang diletakkan di luar peti sejuk.
Setelah sebotol air dibawanya bersama ke kaunter, dia lalu mengeluarkan not RM10 dari dompetnya. Juruwang diimport khas dari Bangladesh (mungkin kerana kelayakan untuk menjadi juruwang di stesen minyak antarabangsa ini tidak dapat dipenuhi oleh anak bangsa) itu meletakkan scanner ke kod bar yang tertera pada botol. RM2.85.
Lalu dipulangkanlah oleh juruwang itu tadi RM7.10. Lelaki tadi kehairanan, lalu bertanya.
Lelaki: Mana lagi baki 5 sen?
Juruwang itu memandang lelaki tersebut lalu membuka semula cash register sambil mencari-cari di dalamnya.
Juruwang: Saya sudah habis lah 5 sen.
Lelaki: Mana boleh macam tu. Kamu jual air ni dengan harga RM2.85. Jadi kamu kena pulangkanlah 5 sen baki. Kamu kena ada duit 5 sen lah dalam tu.
Juruwang: Saya memang takde. Kalau abang ada, abang bagi saya.
Lelaki: Tak payahlah.
Lelaki itu berlalu pergi dari kedai serbaneka itu dengan hati yang sedikit membara.
1. Air mineral itu dikenakan cukai seperti jadual yang dikeluarkan oleh Kastam DiRaja Malaysia pada 13 Ogos 2015. Pelanggan membayar harga air yang telah dicukai. Peniaga pula mengenakan taktik lain untuk mendapatkan keuntungan berlebihan daripada pelanggan.
2. Jika ada 10 orang pembeli yang membeli air mineral pada hari itu (5 sen x 10 = RM0.50), keuntungan atas angin yang dikutip peniaga adalah RM0.50 tanpa perlukan modal.
3. Rakyat marah pada kerajaan kerana mengenakan GST (sedangkan terlupa sebelum ini juga sudah ada cukai SST). Tapi peniaga seperti ini?
4. Pembeli juga perlu ada sikap meminta baki yang sebenar. Walaupun 5 sen, ia adalah keuntungan buat peniaga.
5. 5 sen pun berkira bro? Bukan berkira. Tapi jujurlah dalam berniaga.
*Contoh air mineral yang dikenakan GST.
Ulasan