Sihat Sebelum Sakit


Kadang-kala, kita terlupa untuk berhenti seketika dan melihat kembali apa yang berlaku semalam, seminggu lepas, sebulan yang lalu malah mungkin setahun yang sudah.

Selalu juga kita hanya memikirkan apa yang akan berlaku pada hari esok, lusa, minggu hadapan, akhir tahun ini, malah tahun 2020 nanti.

Kita sering melihat diri sendiri serba kekurangan tatkala membandingkan dengan anggota kejiranan atau rakan sekerja mahupun rakan-rakan sekolah dahulu (yang diikuti dalam facebook).

Kita acapkali terlupa yang kita serba serbinya ada dan cukup berbanding mereka yang diuji dengan pelbagai keperitan hidup sehari-hari.

Bersyukur atas nikmat yang ada. Berhenti dari membandingkan antara manusia. Lihat kepada kekurangan dan kelebihan yang ada; seimbangkan.

Andai masih ada masa, perbaiki diri (jasmani dan rohani). Rebutlah saat masih sihat ini sebelum sakit membelenggu seluruh saki baki hidup.



Ulasan

Catatan Popular