Khazanah Negara Yang Tak Dikenali
Suatu hari, selepas beberapa hari si isteri memerhatikan suaminya selalu memetik buah yang tumbuh di tepi tempat meletak kereta di sebuah jabatan kerajaan tempat mereka berdua bekerja; si isteri mula bertanyakan soalan.
Isteri: Abang makan buah apa tu?
Suami: Buah ni ha. Masa kecik-kecik dulu, abang selalu makan. Kitorang panggil buah letup-letup. Tapi bukan buah letup-letup yang satu lagi tu.
Isteri: Boleh makan ke buah ni, bang? Nanti sakit perut pulak.
Suami: Masa dulu makan takde apa pun. Dalam beberapa hari ni pun, perut tak sakit pun. Nak rasa? (Si suami mengunjukkan sebiji buah yang telah dibuang kulitnya.
Isteri: Isk, tak nak lah. Tak berani nak makan.
Suami: Ikut suka awaklah. Buah ni bukan senang nak jumpa. Sedap ni.
Sebulan sesudah itu, tatkala si isteri menghadiri acara jabatannya di sebuah pusat membeli belah terkenal di ibukota.
Isteri: Abang, cuba abang tengok buah ni. Macam kenal je kan?
Suami: Ha, memanglah kenal. Kan abang dah cakap, buah yang abang makan tu bukan buah sebarangan. Banyak khasiat tu.
Isteri: Betullah abang. Terkejut saya tadi bila nampak buah ni. Terus teringat pada buah yang abang petik tu. Mahal pulak tu buah ni.
Suami: Tulah awak. Abang petik bagi makan free tak nak. Siapa yang rugi.
Isteri: Nanti abang simpan sikit untuk saya ye. Nak cuba rasa lah.
Suami: Emmm, yelah. Baru ni pulak nak ye.... Kalau tak, bagi pun tak nak.

![]() |
Buah yang dijumpainya di sebuah pasaraya di pusat membeli-belah terkenal itu |

Ulasan