Full Paying Patient (FPP) bukan Patient Pay Full (PPF)


Ini adalah surat untuk senarai edaran dalaman Kementerian Kesihatan Malaysia sahaja seperti yang tertera di bahagian atas kanan surat. Senarai edaran yang berkemungkinan adalah para Pengarah Hospital bagi semua senarai hospital (1-8) yang disertakan di dalam perihal 3. Ini bermaksud, surat ini bukanlah ditujukan buat masyarakat awam, yang tidak memahami perihal sebenar surat tersebut.

Surat ini juga tidak lengkap kerana ada lagi muka surat (mungkin beberapa helaian lagi) yang tidak disertakan. Pada muka surat yang lain itu juga berkemungkinan menyatakan dengan lebih jelas maksud surat untuk difahami oleh mereka yang berkenaan.

Ternyata benar tatkala surat ini dihebahkan ke pengetahuan awam (perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh sesiapa sahaja pun atas sebab pemahaman isu yang diangkat), ia menjadi bahan baharu untuk 'membahan' kerajaan. Tafsiran salah para pelayar media menjadikan surat pemberitahuan dasar ini sebagai suatu kekejaman kerajaan yang memerintah. Walhal isu sebenar adalah jauh sama sekali.

Kegagalan para pelayar media maya memahami maksud surat mencetuskan lebih banyak pendapat dangkal tentang maksud sebenar kerajaan. Hasilnya, lebih banyak komen negatif yang sebenarnya hanya menyerlahkan sikap sebenar sebahagian besar masyarakat - melenting tak tentu fasal tanpa tahu hujung pangkal.

Andai kalian mencari jalan untuk mencari pemahaman sebenar bagi maksud surat, tentu ada yang telah mencari makna sebenar FPP (Full Paying Patient) dan sekaligus komen-komen negatif dapat dihindarkan.

Mudah sahaja. Cuba taip -FPP Hospital Putrajaya. Laman di bawah ini akan muncul. (atau terus taip teks ini: http://www.hpj.gov.my/portalv11/index.php/en/full-paying-patient-fpp)


Klik pada Full Paying Patient (FPP) - Hospital Putrajaya itu. Dan anda akan dibawa ke laman yang seterusnya:


Di sini anda akan diterangkan maksud sebenar FPP yang digembar-gemburkan sebagai kezaliman kerajaan kepada rakyat marhaen. Sedangkan, ia cuma memberi perkhidmatan dengan nilai tambah bagi mereka yang berkemampuan yang mempercayai hospital awam berbanding hospital swasta. Malah, perkhidmatan ini juga tidak mengganggu sedikit pun perkhidmatan penjagaan kesihatan dan perubatan anggota masyarakat yang kebanyakan.

Alhamdulillah, Ketua Pengarah Kesihatan bertindak cepat apabila mengeluarkan kenyataan akhbar tentang maksud sebenar surat yang diedarkan tersebut. Boleh dibaca di sini: https://kpkesihatan.com/2016/10/20/kenyataan-akhbar-kpk-20-oktober-2016-perkhidmatan-pesakit-bayar-penuh-di-hospital-kementerian-kesihatan-malaysia-yang-terpilih/.




Ulasan

Catatan Popular