Kau Anakku
Anakku sayang
tidakkah kau tahu betapa aku dan ibumu amat menyayangimu
sedari kau dilahirkan
hingga kini kau telah berdikari
kasih sayang itu tidak pernah luput
walau bagimu kami membosankan
walau bagimu kami orang yang kolot
dan kasih sayang yang kami damba
kau balas dengan sepi
mungkinkah itu caranya kau nyatakan sayang
dalam cara yang berbeza?
Anakku sayang
aku masih ingat sewaktu kau masih merah berdarah
aku dakap dirimu yang merah rapat-rapat
bersyukur benar aku dengan kurniaan-Nya
dan laungan iqamah kutitipkan ke telingamu
agar kau tidak lupa akan amanah yang kau bawa bersama
setelah kau bersumpah di hadapan Pencipta
aku juga mengharapkan
agar aku dan ibumu dapat membantumu
menunaikan amanahmu sebagai hamba-Nya
Anakku sayang
langsung mengapa begini jadinya
gadis yang kami asuh dahulu
yang kami didik dengan Al-Quran
yang kami tahu sempurna solat dan akhlaknya
kini dalam genggaman syaitan dan nafsu
Anakku sayang
pulanglah kepada kami yang merindu
hingga kini setelah setengah dekad kau menghilang
hanya khabar dari temanmu yang tiba
katanya kau sudah pandai meneguk air syaitan
katanya kau saling bertukar teman setiduran
katanya kau sudah selayaknya digelar jalang
katanya lagi.... ahhh persetankan kata-kata itu
aku cuma mahu kau pulang sayang
pulang pada keluargamu
yang tetap menerimamu walau bergunung dosamu
kerna kau anakku
25 November 2009
Putrajaya

Ulasan