Setulus Cintamu



Terima kasih sayang
kerana bersama abang membajai ladang cinta ini
yang asalnya tandus kekeringan
yang dahulu gersang dek api cinta duka
tapi kini subur ditumbuhi semaian cinta kita

Terima kasih sayang
kerana sudi menerima diri ini
yang abang tahu serba kekurangan
zahir cinta abang sentiasa pincang
tanpa kemewahan hidup yang sering didamba manusia
dan bathin cinta pula sentiasa haus
tanpa api keberanian dan keyakinan diri yang utuh
yang sering menjadikan abang hanyut
dalam buaian perasaan abang sendiri

Terima kasih sayang
kerana sanggup menemani abang meneroka tanah yang tandus ini
walau sayang tahu betapa perit dan sulit situasi itu
namun sayang masih bisa tersenyum
melayan ombak yang tak berkesudahan

Sayangku Azie
abang berjanji untuk sentiasa di sisimu
biar nyawa ini kukorbankan untukmu
biar jasad ini kujadikan bneteng buatmu
biar diri ini kurobekkan memayungimu
namun abang bahagia
cintamu yang tulus suci
mekar harum di dada ini

Terima kasih sayang...


KANM 1957
12 Jun 2007
9.40 am
sajak sempena pertunanganku dengan isteri pada tanggal 13 Mei 2007 yang lalu.

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan kita yang ke-2, sayang

Ulasan

Catatan Popular