Doa Seorang Sahabat
Sahabat
kau kukenali sedari musim perjuangan
mengharungi pahit getir alam kampus
mendampingi keindahan dan ketinggian ilmu
buat bekal di musim-musim mendatang
agar hidup tidak lagi dihimpit kesengsaraan
Sahabat
aku sanjungi kasih sayangmu padaku
dalam melengkapkan kitaran persahabatan kita
adakalanya gelora melanda
namun ukhwah persahabatan itu terus kekal selamanya
meski dunia kita telah berbeza
kau mengejar pelangi di hujung awan
aku menadah rahmat di tanah air
Sahabat
aku doakan agar kau sentiasa bahagia
dan jutaan tahniah buatmu
atas pernikahan sepi yang memayungimu
apa lagi yang boleh seorang sahabat berikan pada sahabatnya
selain doa dan ingatan tulus ikhlas
semoga jalinan ukhwah yang pernah terjalin
tidak terputus dimamah usia
tidak juga terlerai dek statusmu seorang isteri
Tahniah sekali lagi buatmu
Putrajaya
31 Disember 2009
9:44 pagi

Ulasan