Adni Kena Chicken-pox




Sedih benar rasanya bila anak kesayangan diserang chicken-pox. Kesian sangat tengok dia dalam kesakitan yang amat sangat. Tidur tak boleh. Minum pun susah. Makan boleh lah sikit-sikit. Kesian anak ayah nih.

Alkisah terjadinya berpunca daripada nursery tempat Adni nih dihantar. Lebih kurang dua minggu lau, nursery nih tutup sebab ada baby yang terkena chicken pox, termasuklah penjaganya sekali. So, seminggulah ditutup. Nasib baik aku sekarang tengah bercuti panjang. Bolehlah aku jagakan di rumah. Lepas seminggu, hantarlah semula Adni ke sana. Hari pertama, Adni demam. Kami ingatkan demam biasa sahaja. Demam tu berlarutan beberapa hari. Sehinggalah pada hari Sabtu lalu, kami sedar ada semacam bisul di kepala Adni. Pagi Ahad pula, tumbuh lagi bisul tuh kat perut dia. sah ni bukan bisul biasa. Adni kena chicken-pox!!

Apabila perkara nih diadukan kepada nursery yang berkenaan, insan yang bertanggungjawab buat tak tahu sahaja dan menafikan sebarang kaitan dengan apa yang berlaku pada Adni walhal, sebelum tuh nursery terbabit ditutup akibat kes yang sama. Chicken-pox bukan boleh baik dalam seminggu. Ia mudah berjangkit pada ketika akhir demam, di mana biji-biji berair dah mula kering dan mengecut. Ketika ini ia mudah berjangkit dengan orang yang bersentuhan. Tak mustahil ia berlaku di nursery itu yang cuma menutup perkhidmatan selama seminggu dan menerima kanak-kanak yang mula sembuh, walaupun tidak 100% sembuh.

Aku cukup kecewa dengan pengurusan mereka. Sudahlah pada bulan ni kena bayar RM200 untuk penjagaan setengah hari berbanding sebelumnya RM160. Bulan ni cuma hantar Adni seminggu lebih sahaja, dan habis RM200 melayang. Bukan boleh refund pun.

Dan kerana itu jugalah, kami suami isteri bersetuju untuk mencari nursery baru buat Adni. Mungkin kejadian ini kes yang terpencil dan bukan perkara yang serius pada kebanyakan orang, tetapi bagi aku, kebertanggungjawaban itu penting dalam mendapatkan kepercayaan orang. Dan nursery yang berkenaan tidak bertanggungjawab dalam situasi ini.

Jadi, sempena tahun baru yang akan datang, Adni akan jumpa kawan-kawan baru. Harap-harap dia akan ok di tempat baru nanti...

Ulasan

Catatan Popular