Terasa Kehilangannya...
Setelah bertahun-tahun bersama, melayari dunia tanpa sempadan. Pelbagai tugasan diselesaikan bersama-sama. Macam-macam masalah diselesaikan melaluinya. Menghubungkan yang jauh. Merapatkan yang dekat.
Dengannya lahirlah kasih sayang.
Dengannya kerja dipermudahkan.
Dengannya waktu juga didirikan.
Kini telefon bimbitku hilang.
..................................................................................................................................................................
Suatu petang yang mendung.
Aku berkeras juga mengajak isteriku untuk ke Dataran Nilai. Janjiku semalam ingin aku penuhi. Maka, satu keluargaku aku angkut ke sana. Dari tempat parking, jelas ramai orang berada di sekitar padang awam itu.
"Dah habislah sayang. Semalam aje kot program tu."
Mataku melilau melihat sekeliling padang yang dikerumuni masyarakat setempat. Ada yang bermain bola sepak dengan anak-anak. Ada yang melayani anak dengan belon sabun yang dijaja di tepian padang. Ramai yang duduk sahaja menikmati udara petang yang nyaman. Masih ada juga yang berjalan, berlari dan berjoging mengeluarkan peluh sebanyak mungkin.
Isteriku diam sahaja tidak menjawab.
"Macam mana?" Tanyaku lagi.
"Kita bawa jelah diorang main kat taman permainan tu."
Aku meletakkan kereta agak jauh dari kereta-kereta lain. Ruangan parking masih banyak yang kosong.
Aku bukakan pintu buat anak-anakku Safiya dan Harith. Harith terus memecut berlari ke belakang kereta. Dia tidak sabar lagi untuk ke taman.
Aku dengar isteriku menjerit memanggil namanya. Seketika kemudian, aku pula yang menjerit. Harith kembali semula ke kereta. Tersengih-sengih menampakkan wajahnya yang nakal.
"Jangan pergi sorang-sorang. Tunggu ayah dan ibu." Lantas aku pegang tangannya dan menariknya dekat kepada kami berdua.
Kemudian, aku membuka pintu belakang dan mengeluarkan baby carrier yang baharu dibeli dua bulan yang lalu. Kebiasaannya, isteriku sahaja yang menggunakannya. Entah kenapa aku berkeras untuk menggunakannya pula pada ketika itu. Entah kerana aku memang mahu menggendong Khairina, atau aku mahu menutup perut yang boroi. Aku sendiri tidak tahu.
Isteriku, Azie membantu aku memakainya di tubuh. Khairina kudukung. Mukanya berkerut-kerut menahan sinar matahari yang menerjah kelopak matanya yang kecil. Aku tahu dia suka berada di luar rumah seperti itu.
Carrier selesai dipasang. Khairina juga sudah selesa berada dalam dakapanku. Azie memimpin tangan Safiya dan Harith. Kami berjalan perlahan ke taman yang dipenuhi pengunjung itu. Telefon bimbit kuselitkan di belakang pelapik yang menahan belakang Khairina. Ada poket kecil di situ. Kulihat Azie selalu melakukannya.
"Ada jual air." Tanpa bersalah, Harith menyatakan kebenaran di hadapan mata.
"Takde air-air. Air kat sini bukan masak pun. Nanti minum air kat rumah." Tangkis isteriku sebelum kedua-dua kanak-kanak itu meminta dalam fasa berikutnya.
Safiya masih dipimpin ibunya. Harith lepas bebas berlari ke hadapan.
"Harith! Sini!" Jeritku sedikit keras.
Di hadapan kami ada sebuah lori sedang bergerak perlahan menuju ke arah kami berdiri. Risau andai pemandunya gagal melihat Harith yang renek di hadapannya. Harith kembali dipimpin. Kali ini, tangannya berada erat dalam genggamanku.
Ternyata lori itu membawa khemah-khemah yang telah dibuka. Tentu sahaja program yang kami jangka masih berlangsung itu telah tamat tengah hari tadi. Petang ini adalah masa untuk mengemaskan peralatan yang berkaitan sahaja.
Mereka kami lepaskan apabila benar-benar tiba di taman permainan itu. Kawasan itu kecil sahaja. Kanak-kanak yang sedang bermain, memanjat, menuruni gelongsor amat ramai. Yang masih memakai lampin pakai buang sehingga ke yang lebih tinggi daripadaku kelihatan gembira bermain-main di situ. Di sekelilingnya, mak ayah mereka duduk memerhati.
Aku dan Azie berada dekat dengan Harith dan Safiya. Khairina selesa melayan suara kanak-kanak lain. Sekejap-sekejap dia memusingkan kepalanya memerhati arah suara yang memecah suasana petang itu.
Aku melihat-lihat juga sekeliling. Ada beberapa muka yang biasa kulihat di Nilai ini. Ada juga muka yang pernah aku kenal dahulu. Seingatku, dia adalah juniorku di USM. Aku pasti itulah orangnya. Dia juga memandang aku. Seperti mengingati. Kemudian melarikan pandangan seperti tidak mahu mengakui.
Aku berjalan sekeliling bersama Khairina yang sungguh baik. Tiada sepatah suara pun keluar dari mulut comel itu. Jika dia berada di dalam rumah, selama waktu di luar itu, tentu sahaja dia sudah merengek walaupun didukung.
Petang sudah menghampiri senja. Tidak lama lagi, Maghrib akan menjenguk ke Nilai. Aku isyaratkan pada Azie agar mengambil anak-anak dan mula bergerak pulang. Safia dan Harith dibenarkan menghabiskan satu lagi pusingan. Kemudian, kami mula melangkah ke kereta.
Di kereta, seperti biasa, Safiya dan Harith berebut untuk duduk di sebelah kiri. Entah kenapa mereka tidak gemar duduk di belakangku. Kata mereka; 'dekat dengan ibu'.
Aku marahkan mereka sekejap. Azie membantu menanggalkan carrier pada tubuhku. Lapik yang menahan belakang Khairina jatuh ke hadapan. Khairina dalam pelukanku dan kuberikan kepada Azie.
"Ada bau durian, lah,"
Aku ikut sama tercium bau raja buah yang ditegur Azie itu. Kami berdua tidak dapat melihat sesiapapun di kawasan itu yang sedang melayan 'raja' tersebut.
"Sampah aje kot," ujarku meyimpulkan kata.
Mereka berempat kemudiannya sudah berada di dalam kereta sedang aku menanggalkan keseluruhan carrier dan menyimpannya di belakang kereta.
Enjin kereta kuhidupkan dan mula bergerak meninggalkan taman. Aku memegang peha. Teringat yang telefon bimbitku ada di dalam carrier Khairina.
'Nanti kat rumah boleh ambil'
Sedang aku memandu keluar dari kawasan itu, kami ternampak sepasang lelaki dan perermpuan sedang menjamu selera dengan durian. Mungkin itu ulas yang terakhir. Azie menjadi terliur. Aku juga sama.
"Jom kita cari durian."
"Nak cari kat mana? Kedai Pak Wan tu ye?" Isteriku tidak tahu di mana untuk mendapatkan durian lewat petang seperti itu. Dia pernah melihatnya di kawasan berhampiran kedai makan Pak Wan. Tetapi, kebiasaannya, lewat pagi menghampiri ke awal petang.
"Entahlah. Abang pun tak tau."
Aku pandu kereta. Sengaja aku arahkan ke Taman Cempaka. Untung-untung, ada yang menjualnya di situ.
Ketika kami berpusing-pusing di Taman Cempaka, kami ternampak seorang lelaki dengan lorinya yang menjual durian. Timbang. Tentu mahal.
"Berapa sekilo ni bang?"
"Yang udang merah ni RM20 sekilo. Yang ni durian tembaga. RM25 sekilo."
Aku mencongak. Mahal juga. Tapi sudah lama juga tidak aku berbelanja untuk isteriku.
"Bagilah sebiji tembaga, sebiji udang merah."
Si penjual memilih yang dikiranya masak. Lalu ditimbang. Agak mahal. Diberikan sedikit diskaun. Aku tawar lagi. Dapat dan dia bersetuju dengan harga yang aku tawarkan.
Sebelum dia menerima duit dariku, dia membelah kulit durian itu mengikut pangsanya. Ditunjukkan padaku isinya yang kuning kemerahan. Cantik. Dan kelihatan sedap.
Aku berpuas hati. Tak mengapalah bayar sedikit mahal jika durian yang dibeli berbaloi dimakan.
Dalam kereta, bau durian semerbak menusuk ke dalam hidung. Anak-anak juga mengomel.
Sesampai di rumah, aku bukakan pintu pagar kemudian isteriku masuk dengan Khairina di dalam dakapannya. Safiya dan Harith juga berlari masuk setelah kubukakan pintu untuk mereka.
Aku ke belakang Alza. Apabila kuambil durian, teringat kembali pada telefon bimbitku. Durian kuletakkan di atas jalan. Aku capai carrier dan memasukkan tanganku ke dalam poket kecil tadi. Tiada! Aku cari di sekitarnya. Tiada !!!
Baharu aku teringat. Tentu telefon aku jatuh ketika lapik itu jatuh ke hadapan. Bertalu-talu soalan kenapa dan mengapa aku lontarkan dalam hati yang berkecamuk.
'Kenapa aku tak terus ambil tadi masa mula nak gerak balik?'
'Kenapa aku letak fon kat situ?'
'Kenapa aku tak letak dalam poket seluar seperti biasa?'
'Kenapa.... Kenapa.... dan kenapa.....?'
Pelbagai kenapa yang sebenarnya tidak menjawab satu pun persoalan yang aku hadapi.
"Ayang!! Fon abang jatuh kat dataran tadi lah!!"
"Macam mana boleh jatuh?"
"Kan abang tanggalkan carrier tu dari bahu. Ayang buka clip yang kat belakang. Lapik depan tu jatuh. Masa tu lah kot fon tu jatuh sekali."
"Habis macam mana ni?"
"Abang nak ke dataran semula."
Tanpa berlengah, aku memecut kereta ke dataran. Maghrib sudah menjengah. Beberapa kereta sedang bergerak ke Masjid Putra Nilai. Aku menekan sehingga ke 110 pada jalan yang biasanya paling laju pun aku tekan 90 km/j.
Di dataran yang semakin gelap, aku tidak nampak telefon itu lagi. Aku mencari di sekitar tempat aku letakkan kereta tadi. Tiada. Aku tanyakan pada makcik yang berjual air tadi kalau-kalau ada insan prihatin yang menyerahkan pada makcik itu untuk dikembalikan kepada tuannya yang bertanya. Tiada.
Di rumah, aku mencuba dial beberapa kali nombor telefonku menggunakan telefon isteriku. Tiga panggilan yang pertama ada nada dail tetapi tidak diangkat. Kemudian semua panggilan yang seterusnya dimatikan oleh orang yang memegang telefonku itu.
Aku terus cuba. Tetapi nampaknya tiada hasil.
Aku telefon ke Celcom Service Care. Aku mohon agar talianku disekat. Berjaya. Namun operator yang melayaniku memaklumkan bahawa talianku telah digunakan beberapa kali ketika telefonku itu hilang.
Risau dengan keadaan yang lebih buruk, aku tukar semua nompor keselamatan (password) bagi emailku (yang aku set automatik dalam telefon melalui google account) dan facebook. Aku juga menghantar email ke WhatsApp Support untuk deactivate akaun aku.
Aku rasa seperti peribadiku diceroboh. Semua gambar-gambar aku dan keluarga kini berada dalam tangannya. Aku cuma mengharapkan dia tidak mengeksploitasi gambar yang ada untuk tujuan yang bukan-bukan.
Azie kata, kita haraplah agar orang yang jumpa telefon tu adalah orang yang prihatin dan akan pulangkan balik pada kita.
Bagi aku; kalau orang yang jumpa telefon itu prihatin, dia tentu sudah menjawab panggilan ku tadi dan tidak mematikan/mengeluarkan kad sim/reset telefon. Tentu sahaja niatnya memang jahat. Semoga Allah sahaja yang membalas perbuatannya itu.
Memang aku yang bersalah kerana cuai. Dan aku juga redha atas kehilangan. Cuma aku punya perasaan seperti manusia lain. Terkilan kerana sukar mencari manusia jujur pada zaman ini di negara Islam ini.

Ulasan