Ilmu Allah

Zamarul baharu hendak mengunci pagar rumahnya apabila Huzara menyapanya dengan salam.

Zamarul: Waalaikumussalam.

Huzara: Eh, macam mana dengan fon kau yang hilang tu? Dah dapat nombor baru?

Zamarul: Belum lagi. Tengah tunggu anak sedara hantar simcard dari Kuantan.

Huzara: Oo. Oklah. Tak lama dapatla tu.

Zamarul: Tulah. Aku dah tukar password google account. Password fb. Semalam aku deactivate dah fb. Risau kalau dia masih boleh salahguna.

Huzara: Tulah. Bahaya tu. Kat Malaysia ni, cyber-crime cepat je polis bertindak.

Zamarul: Betul. Orang je tak tahu. Nak pulak keyboard warrior yang banyak buat fitnah. Tu.ggu masa je kena cekup. Tu yang aku risau. Takut nanti tiba-tiba polis datang ambil aku kat rumah.

Huzara: Memanglah. Kita bukan boleh menyorok kalau buat salah. Polis sure tahu juga. Tahu-tahu, dah kena tangkap je.

Zamarul: Yelah. IP tu unik. Samalah dengan diri kita. Allah jadikan kita ni setiap seorang unik. Cap jari kita ni hanya kita seorang saja yang ada macam ni. DNA kita pun sama.

Huzara: Tapi kat Malaysia ni, politik main peranan. Sebab tu susah nak percaya DNA ni. Tak tahu mana yang betul, mana yang salah.

Zamarul: Sebab tu kena ada ilmu. Kalau kita dengar orang politik bercakap tentang DNA, memangla susah nak percaya.

Huzara: Tapi dengan kuasa politik juga seorang pemimpin tu ditangkap bila DNA tak boleh guna

Zamarul: Silap tu. Pemimpin tu ditangkap sebAb DNA. Cuma caranya a bit tricky. DNA perlukan sampel untuk dibandingkan. Kalau takde sampel perbandingan, macam mana kita nak confirmkan sama ada memang DNA yang dijumpai tu dia punya atau bukan.

Zamarul: Macam nilah. Aku tak nak komen kes yang tu. Apa yang aku nak kongsi ni, di Amerika Syarikat, ada gerakan untuk bebaskan mereka yang telah disalahtuduh dari tahun-tahun sebelum DNA dijadikan bukti.

Zamarul: Cuba kau check dalam internet. Kalau tak salah aku, The Innocent Project (http://www.innocenceproject.org/free-innocent/improve-the-law/fact-sheets/dna-exonerations-nationwide).

Zamarul: Kau bayangkan, kes-kes yang diorang handle ni adalah kes-kes yang dah berpuluh tahun dibicarakan. Yang dituduh ni dah dihukum life sentence. Tapi dengan DNA analysis, sampel yang dah lama berpuluh-puluh tahun ni masih boleh bantu diorang untuk bebas.

Zamarul: Kalau kes bunuh guna pisau. Dalam pemegang pisau tu boleh dapat DNA orang yang bunuh. Biasanya yang menikam akan cederakan tapak tangannya. Darah dia akan ada dalam pemegang pisau tu. DNA dari darah tu, walaupun terlalu sedikit, tetap boleh guna untuk bebaskan yang disalahtuduh. Bayangkan yang dah berpuluh tahun, DNAnya masih valid. Ini kan pula yang baru beberapa hari. Dalam tempat yang susah nak diganggu pulak tu.

Huzara: Tulah. Tak tahu nak percaya sape betul sape salah.

Zamarul: Tu masalahnya orang politik. Diorang takde ilmu yang mendalam dalam sesuatu perkara, tapi suka sebarkan pada orang awam dan pengikut. Diorang ni yang merosakkan pemikiran masyarakat. Aku bercakap atas dasar ilmu sains dan ilmu analisis forensik. Kalau atas dasar politik, ramai oranv boleh manipulasi fakta jadi auta.

Huzara diam dan tersenyum sahaja. Zamarul sedar. Dia sudah bercakap terlalu banyak. Sudah masanya dia diam.

Zamarul: Oklah Huzara. Aku masuk dulu. Dah lewat ni.

Huzara: Ok Rul. Assalamualaikum.

Zamarul: Waalaikumussalam.


Ulasan

Catatan Popular