Nilai Ilmu
Berguru dari orang alim
ibarat berkebun di tanah yang subur
setiap benih yang ditabur pasti bercambah menjadi pohon
dan pohon itu pasti menumbuhkan buah
buah yang ranum dan enak
memberi hasil yang berkat kepada pekebunnya
Berguru dari si jahil
umpama bertanya arah dari si buta
arah yang diberi selalunya tersasar walau kadang mengena
sehingga kita sendiri hilang dalam arah yang keliru
menjadi lebih buta dari si buta
kerana melihat tetapi tidak mengenal
keliru dalam petunjuk yang songsang
Nilailah ilmu kerana asasnya
hargailah ilmu kerana nilainya
tuntutlah ilmu tanpa mengira harganya
kerana ilmu itu wajib tuntutannya
musafir kelana
5 Januari 2013
Le Paris PD

Ulasan