12 Rabiulawal Ini
Jauhnya kurasakan diri ini
dari jalan-Mu yang damai
bersama jejak Muhammad yang kian menghilang
hanyut dalam kepura-puraan
setelah denai itu terbentang di garisan iman
kupilih lebuh yang tersurat kecelaruan
bercelaru hati menggerutu jiwa
namun dek godaan azazil yang licik
aku terus terpesong dari denai itu
walau ku tahu hakikat tipu dayanya
kuteruskan jua melangkah
Ya Rasul Allah
aku malu menyatakan
bahawa aku ingin berdampingan denganmu di syurga abadi
sedang akulah pewaris sumpahan iblis kepada manusia
cerminan kelalaian makhluk terhadap Yang ESA
Ya saiyidi
mungkin aku di antara jutaan umat yang pernah kau gusarkan
terima kasih kerana memberatkan rasa terhadap golongan sepertiku yang berdosa
yang jarang sekali mengingati apatah lagi mensyukuri akan kelahiranmu
yang menerangi dunia dengan akhlakmu
yang menyampaikan segala kehendak Ilahi
aku yang berdosa
terus-terusan berdosa
Ya Allah tuhanku
bantulah aku yang di kejauhan
agar dapat berdiri berhampiran Rasul-Mu di dunia yang kekal
Ya Tuhan ku
semoga 12 Rabiulawal kali ini
membekas di hati
agar aku menyayangi Rasul-Mu
agar aku mematuhi suruhan-Mu
agar aku menjadi mukmin bertamadun
yang dijanjikan walau sebuah pondok terburuk
dalam kenikmatan penghuni jannah
merahberapi
24 Januari 2013
Nilai

Ulasan