Langkahmu Masih Jauh (disunting pada 31 Disember 09)
Anakku sayang
Aku bersyukur dengan kelahiranmu setahun yang lalu
Bukti betapa sucinya cinta dan kasih ibu padaku
Tanda betapa agungnya ciptaan Ilahi
Menghidupkan dan mematikan makhluk-Nya
Sedang kita yang mendiami dunia fana ini
Tidak sedar akan ilmu-Nya menyusun tiap satu yang dijadikan
Supaya bumi yang indah ini berputar dalam fitrah dan kesempurnaan
Saban hari kau membesar dengan sepenuh kasih sayang aku dan ibu
Jika kau menangis, kami ada untuk menghapuskan air matamu
Jika kau lapar, kami ada untuk mengalaskan perutmu
Jika kau gembira, kami sentiasa ada untuk saling tertawa bersamamu
Kini kau mula mengatur langkahmu
Usahlah takut sayang
Langkahmu yang pertama barangkali menjanjikan kejatuhan
Namun kau masih punya langkah yang seterusnya
Kau masih perlu menjelajah seluruh bumi Allah ini
Terlalu jauh untuk ditamatkan
Mulakanlah ia dengan semangat dan tekad yang utuh
Tanamkan dalam jiwamu cita-cita untuk berjaya
Supaya dapat kau kecapi dan tafsiri ilmu-Nya
Memahami maksud kalam dan keagungan-Nya
Aku dan ibu akan berpuashati andai kau berjaya
Setelah segala pengorbanan dan kasih sayang
Untuk melihat kau menjadi manusia berguna
Suntingan dibuat setelah dapat panggilan daripada Cik Siti Noorisa, DBP memaklumkan bahawa sajak ini akan diterbitkan dalam Tunas Cipta keluaran Februari 2010. Alhamdulillah

Ulasan