Kita Yang Kerdil
Kita di sini sama sahaja
kedaifan mengongkong diri
di bawah satu kuasa
Yang Maha Hebat dan Kaya
Kita di sini insan harapan
mendukung cita-cita bangsa
menyahut cabaran wawasan
impian di hari muka
Kita di sini adalah mujahid
memikul beban menggalas suruhan
kalimah Allah pasti tertegak di bumi ciptaan-Nya
Kita di sini mengemis budi
meminta-minta pada Ilahi
agar esok tetapkan datang
bersama limpahan rahmat
dan sentiasa dimurahi
dengan kurniaan-Nya
Ayuh marilah semua
berganding bahu mencurah tenaga
menabur bakti membangun negara
agar rakyat hidup bahagia
Dan kita hanyalah hamba
berteduh di bawah lembayung-Nya
sekadar sementara cuma
hingga tibanya hari itu
hari yang tiada pelindung
kecuali perlindungan-Nya
SMAPL 1993-1997
kedaifan mengongkong diri
di bawah satu kuasa
Yang Maha Hebat dan Kaya
Kita di sini insan harapan
mendukung cita-cita bangsa
menyahut cabaran wawasan
impian di hari muka
Kita di sini adalah mujahid
memikul beban menggalas suruhan
kalimah Allah pasti tertegak di bumi ciptaan-Nya
Kita di sini mengemis budi
meminta-minta pada Ilahi
agar esok tetapkan datang
bersama limpahan rahmat
dan sentiasa dimurahi
dengan kurniaan-Nya
Ayuh marilah semua
berganding bahu mencurah tenaga
menabur bakti membangun negara
agar rakyat hidup bahagia
Dan kita hanyalah hamba
berteduh di bawah lembayung-Nya
sekadar sementara cuma
hingga tibanya hari itu
hari yang tiada pelindung
kecuali perlindungan-Nya
SMAPL 1993-1997
Ulasan