HIDAYAH
Dahulu di sini
aku mengecap nikmat sebuah tugu cinta
bertiangkan nafsu berdindingkan perasaan
yang ternyata tidak berkekalan
Dahulu di sini
aku insan sepi
berseorangan mendayung di lautan ilmu
setelah leburnya tiang seri
tugu cintaku
Sekarang di sini
hidupku kian ceria
cahaya hidayah menerangi ruang jiwa
yang dahulunya kosong dan gelap
yang dahulunya suram oleh kekecewaan
Sekarang di sini
aku sentiasa mencarinya
tetap setia menanti
di kala dia menyusuri lorong yang cerah
pabila senyumannya menyapa
Sekarang di sini
ingin kupesankan pada angin
hembuskanlah perkhabaran ini
khabarkan pada alam
bahawa aku kini merindui hidayah...
musafir kelana
SMAPL 1993-1997
aku mengecap nikmat sebuah tugu cinta
bertiangkan nafsu berdindingkan perasaan
yang ternyata tidak berkekalan
Dahulu di sini
aku insan sepi
berseorangan mendayung di lautan ilmu
setelah leburnya tiang seri
tugu cintaku
Sekarang di sini
hidupku kian ceria
cahaya hidayah menerangi ruang jiwa
yang dahulunya kosong dan gelap
yang dahulunya suram oleh kekecewaan
Sekarang di sini
aku sentiasa mencarinya
tetap setia menanti
di kala dia menyusuri lorong yang cerah
pabila senyumannya menyapa
Sekarang di sini
ingin kupesankan pada angin
hembuskanlah perkhabaran ini
khabarkan pada alam
bahawa aku kini merindui hidayah...
musafir kelana
SMAPL 1993-1997
Ulasan