Al kisahnye...
Suasana di dalam sebuah bank komersil termasyhur (dengan pinjaman kakitangan awam).
Situasi 1:
Pengawal: Beratur dulu ye. Beratur dulu. Sekejap lagi kita bagi borang. Selepas isi borang, baru saya beri nombor giliran.
Beberapa pelajar yang mula memenuhi ruangan hadapan lobi bank mula menyusun diri masing-masing membentuk satu barisan yang panjang.
Si pengawal yang sudah agak berumur meninjau-ninjau ke dalam barisan.
Pegawal: Ini semua yang nak ambil kads1m kan?
Dia berada di hadapan para pelajar tadi. Tangannya bergerak-gerak sambil membilang mereka yang berbaris.
Para pelajar: Ya....
Pengawal itu masih kelihatan ragu-ragu. Dia mendekati seorang lelaki yang berdiri di dalam barisan, berdekatan dengan pintu masuk pegawai bank.
Pengawal: Encik. Ini untuk mereka yang nak ambil kads1m.
Pelajar K: Ya. Saya nak ambil kads1m juga.
Pengawal: Oh, ye ke.
Mata para pelajar di situ mula menjalar ke arah pelajar K. Ada yang tersenyum. Ada yang mengangguk-anggukkan kepala. Ada juga yang tidak ambil peduli.
Setelah beratur untuk seketika dan mengisi borang yang diminta, pelajar K mendapat nombor gilirannya - 1037.
Situasi 2:
Sistem penggiliran nombor: Nombor 1037, Kaunter 1.
Pelajar K yang sudah dua jam setengah menunggu giliran mula mendekati kaunter 1.

Pergerakan pelajar K terhalang dek seorang pelajar lain yang tinggi lampai tetapi tidak cukup tinggi dalam memikirkan kedudukannya yang berada di tengah-tengah laluan itu. Pelajar K terpaksa menolak sedikit pelajar itu dan meloloskan diri sehingga ke kaunter.
Di kaunter, pelajar K menghulurkan nombor gilirannya, borang yang telah diisi dan kad pengenalannya sebagai bukti identiti.
Pegawai di kaunter seperti terpinga-pinga. Mulutnya sedikit terbuka seperti ingin melontarkan bicara namun tersekat. Dia memandang ke sekeliling yang berada di belakang pelajar K, menantikan pelajar yang dipanggilnya tadi (yang bernombor giliran 1037).
Pelajar K tersenyum tawar.
Pelajar K: Ya, saya nak ambil kads1m. Pelajar post-grad.
Pegawai bank: Ohh. Baik. Bagi saya kad matrik dan salinan sekali.
Mata pegawai bank itu tadi terus dilarikannya. Mungkin malu. Pelajar K hanya mendiamkan diri. Dalam hatinya, dia mengeluh.
'Haiii. Tua sangat ke aku ni..?'

![]() |
Akhirnya, dapat juga kads1m setelah beberapa bulan lamanya menunggu. Alhamdulillah. |
Ulasan