Keitikan...?

Ibu: Abang. Malam ni ada cerita menarik tak?

Ayah: Ada. TV3.

Ibu: Cerita ape?

Ayah: Star Trek. Into the Darkness.

Ibu: Tak minat Star Trek.

Ayah: Eh, best cerita ni. Cerita baru.

Anak #1: Apa maksudnya?

Ayah: Apanyer?

Anak #1: Apa maksud cerita tu dalam bahasa Melayu?

Ayah: Apa makna 'dark'?

Anak #1 & #2 menjawab serentak - seorang jawab itik dan seorang lagi jawab gelap.

Ayah dan ibu berpandang-pandangan sambil mengawal senyuman, tidak mahu anak #1 terasa hati.

Ibu: Duck memang itik. Tapi dark tu maknanya gelap.

Ayah (sambil tersengih): Keitikan ke kakak?

Anak #1: Eheh eheh eheh

Ulasan

Catatan Popular