Undang-undang tanpa penguatkuasaan umpama gusi tanpa gigi
Seronok betul anak bongsu aku tatkala kami beriadah (berjalan kaki sahaja) di Dataran Nilai. Cuaca pagi Ahad itu amat baik. Tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu mendung. Cuaca yang agak baik untuk mengeluarkan peluh.
Khairina sudah boleh berjalan dengan baik, malah sudah mampu berlari walau dengan gayanya yang sedikit pelik (nampak kelakar). Harith yang sudah bersekolah asyik mengingatkan kami agar selepas riadah ini, kami perlu balik ke rumah. Dia nak main game. (Waktu untuk main game hanyalah pada hari cuti - jadi dia sangat-sangat menghargai hari cutinya). Safiya ok sahaja. Dia sudah besar. Sudah jadi kakak besar.
Kami berjalan mengikut laluan pavement yang disediakan MPN. Kami bergerak melawani arah jam. Ya, seakan-akan mengikut sunah bertawaf cuma tiada bacaan, ihram, dan tidak cukup tujuh kali pusingan.
Kami bermula dari petak letak kereta kami. Padang itu berbentuk segi empat. Ketika kami sudah separuh daripada menamatkan laluan penuh segi empat yang besar itu, mata dan hidung kami mula dicemari dengan 'sikap bijaksana' pengunjung dataran itu. Kemungkinan besar, ia terjadi pada sebelah malam tadi.
Sampah sarap ditinggalkan sahaja di sekeliling dataran yang dibentengi dengan simen. Benteng itu menjadi tempat duduk bagi para pengunjung yang ingin bersantai. Kelibat tong sampah memang ada, cuma terlalu sedikit dan sedikit jauh.
Inilah bukti kebijaksanaan penduduk di Malaysia (mungkin bagi sebilangannya). Negara pesat membangun, rakyat mengeluh kononnya kerajaan tidak pandai menjaga negara. Tetapi apa yang dimusykilkan adalah, mengapa sampah sendiri juga tidak dapat dijaga dengan baik? Adakah sampah itu lebih berat daripada masalah negara sehinggakan ia tidak mampu diangkat dan dibuang ke tempat yang sewajarnya?
"Eh kau ni. Janganlah main pukul habis aje. Mungkin yang buang tu warga asing."
Tentu ada yang akan berkata-kata seperti di atas, bagi menyangkal pernyataan yang terdahulu.
Tanpa mengira kewarganegaraan pesalah, adakah ia masih wajar dibuat walaupun oleh seorang warga asing?
"Pesalah apanye? Kau ni, buang sampah aje pun. Bukan bunuh orang."
Buang sampah juga satu kesalahan. Kesalahan itu harus dihukum. Hukuman diberikan agar pesalah tidak mengulangi kesalahan dan orang lain mengambil iktibar daripadanya.
Terbukti orang yang membuang sampah merata-rata itu adalah seorang pesalah. Malah telah didokumenkan dalam undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan. Dalam kes ini, Majlis Perbandaran Nilai.
'Wahai penguatkuasa undang-undang. Barang siapa yang membuang sampah merata-rata di zon sifar sampah, maka dendalah mereka dengan sejumlah wang sebanyak RM250.00.'
Ini bukan hadis. Bukan juga ayat Quran. Ini adalah arahan daripada Kitab Undang-undang MPN.
Beberapa persoalan timbul di benak; 'Macam mana pesalah itu didenda jika tiada penguatkuasa yang menguatkuasakan undang-undang? Ada ke penguatkuasa yang standby di mana-mana di kawasan itu pada waktu malam atau waktu-waktu lainnya (termasuk siang) bagi menangkap si pelaku? Mungkinkah orang ramai terus menjadi takut apabila terbaca papan kenyataan ini yang diletakkan di kedua-dua pintu masuk ke dataran? Mungkinkah juga pesalah sampah ini tidak pernah membaca arahan yang dikeluarkan?'
Hari itu adalah hari Ahad. Malam tadinya adalah malam minggu. Kebanyakan insan bercuti. Pagi itu juga tiada pekerja pembersihan yang diberikan kontrak pembersihan menjalankan aktiviti pembersihan. Kemungkinan sampah itu akan terus berada di dataran yang cantik itu sehingga pagi Isnin. Dan gagak hitam (ada ke gagak putih?) seronok mencari makanan daripada sisa yang dibiarkan.
"Eh! Kau bising sangatlah. Apsal kau tak kutip aje?"
Meh kita buat gotong-royong beramai-ramai. Aku sorang aje tak mampu.

Ulasan