Besar Tu Pun Kau Nak Bising?
Seronok bila menghabiskan masa di hujung minggu membersihkan kawasan sekitar rumah. Duduk di kawasan perumahan berteres, besar mana sangatlah kawasan sekitar rumah yang hendak dibersihkan.
Cuma, di halaman rumah kami ini, agak unik sedikit. Keadaan muka bumi yang sedikit curam dan faktor cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun, ditambah pula dengan jumlah hujan yang banyak, halaman ini telah diisytiharkan sebagai tandas oleh sekelompok makhluk yang mendiami kawasan ini bersama kami.
Apabila hujan turun dengan lebat, air yang mengalir deras akan menuruni laluan jalan sehingga ke hadapan rumah kami. Air ini membawa bersama pasir dan butir-butir batu halus yang akhirnya terkumpul di halaman rumah. Bersyukur juga air tidak boleh bertakung di situ. Air yang banyak itu dialirkan terus ke dalam longkang tetapi khazanah bumi yang berjisim lebih daripada air tertinggal di situ.
Dan dengan kelapangan masa yang ada, dan tubuh yang masih sihat, saya luangkan masa dan tenaga untuk membersihkan segala 'mineral' permukaan bumi yang terkumpul. Ada dua beg diapers 76 keping juga tanah dan batu-batu yang dikumpulkan.
Akhirnya...
Bersih sehingga ke tar jalan. Tapi tak boleh nak berkilat.
Jam pun sudah menuju ke angka 10.00 pagi. Perut sudah berkeroncong. Bila hari minggu, waktu sarapannya selalu dilewatkan kerana ada banyak aktiviti yang perlu diambil peduli dahulu. Setelah mengemas apa yang patut, saya masuk ke dalam rumah untuk mengisi perut yang sudah menyanyi.
Tengah hari itu, saya keluar ke hadapan untuk menyidai baju yang telah dibasuh di pagar rumah. Ya, tiada lagi makhluk itu melepaskan hajat di hadapan rumah. Tetapi, mata saya tertumpu pada satu objek berwarna putih.
Segumpal tisu terletak di penjuru jalan. Tentu tisu itu tidak dibuang oleh makhluk tidak berakal yang menjadikan hadapan rumah saya sebagai tandas. Tentu juga tisu itu tidak turun bersama hujan sebelum ini (lagipun tadinya segalanya telah dibersihkan).
Ya, akhirnya saya akur pada sikap makhluk yang berakal tetapi tidak menggunakan akalnya dengan lebih baik. Benar, tisu itu kecil sahaja. Segumpal tisu pun sudah mahu repot-repot. Masakan sih...
Tidak!! Sikap membuang sampah merata-rata itulah yang harus diperbetulkan. Ia bukan masalah kecil. Ia perkara yang dianggap kecil tetapi jika dibiarkan boleh menjadi besar, bernanah dan merosakkan masyarakat.
Cuma saya sedikit hairan. Siapakah yang menggunakan tisu dan membuangnya di jalanan pada siang-siang hari ini...?

Ulasan