Siapa Lebih Hebat?
Hari ini berlangsung konferens MyAID (NACEITS) 2016. Ini peluang untuk para mahasiswa dan ahli akademik membentangkan projek penyelidikan mereka.
Saya berasa bertuah kerana dapat turut sama dalam program ini.
Ketika sesi Keynote Speaker, kami diperdengarkan tentang Green Energy. Ya, ia satu syarahan yang agak hebat oleh seorang yang saya gambarkan juga hebat.
Tapi yang lebih hebatnya adalah ketika beliau menyampaikan kata penutup. Sekeping slaid membicarakan tentang perjuangan hidup.
Kata beliau, kita hidup bermula dari bayi yang kecil. Asalnya terbaring sahaja kemudian meniarap dan merangkak. Lalu belajar bertatih dan boleh berjalan. Kemudian pula mula berlari dan terus membesar sehingga kini. Dari mula kita belajar berjalan ketika masih kecil dulu, terlalu banyak kali kita jatuh. Tapi kita tak pernah putus asa dan bangun kembali untuk berjalan semula.
MENGAPA BILA SUDAH BESAR INI, KETIKA JATUH SETELAH DIUJI TERUS BERPUTUS ASA? BANGUNLAH DAN CUBA KEMBALI SEHINGGA BERJAYA!!!
Kata beliau lagi,..."Saya rasa bayi itu seorang yang hebat. Kerana bayi berani untuk mencuba!"
Terima kasih, Dr. Tuan telah berjaya menjentik sedikit motivasi saya hari ini.
Saya berasa bertuah kerana dapat turut sama dalam program ini.
Ketika sesi Keynote Speaker, kami diperdengarkan tentang Green Energy. Ya, ia satu syarahan yang agak hebat oleh seorang yang saya gambarkan juga hebat.
Tapi yang lebih hebatnya adalah ketika beliau menyampaikan kata penutup. Sekeping slaid membicarakan tentang perjuangan hidup.
![]() |
Ini bukan gambar asal yang beliau tunjukkan. Saya tak dapat minta dari Pakcik Google. Ia lebih kurang ini cuma sedikit berbeza. |
Kata beliau, kita hidup bermula dari bayi yang kecil. Asalnya terbaring sahaja kemudian meniarap dan merangkak. Lalu belajar bertatih dan boleh berjalan. Kemudian pula mula berlari dan terus membesar sehingga kini. Dari mula kita belajar berjalan ketika masih kecil dulu, terlalu banyak kali kita jatuh. Tapi kita tak pernah putus asa dan bangun kembali untuk berjalan semula.
MENGAPA BILA SUDAH BESAR INI, KETIKA JATUH SETELAH DIUJI TERUS BERPUTUS ASA? BANGUNLAH DAN CUBA KEMBALI SEHINGGA BERJAYA!!!
Kata beliau lagi,..."Saya rasa bayi itu seorang yang hebat. Kerana bayi berani untuk mencuba!"
![]() |
Prof Madya Dr Mohammad Hafizuddin Hj Jumali, UKM. |
Ulasan