Hujan Itu Rahmat Tapi Manusia Pula....
Alhamdulillah, cuaca sekarang ini nyaman dan menyenangkan. Tidak panas sehingga peluh berkumpul dan mengalir dari bawah rambut yang mula menipis.
Di Nilai ini, boleh dikatakan hampir setiap petang hujan akan turun. Kebiasaannya lebat. Dan lama. Tandas kucing yang di'bina' di hadapan rumah menjadi sentiasa bersih. Air hujan yang mengalir deras membawa bersama najis terus ke longkang.
Malam hari pula para bapa yang membayar bil elektrik mula lapang dadanya. Tiada dambaan para ibu atau rengekan anak-anak agar dihidupkan penyaman udara. Maka kuranglah caj penggunaan elektrik bulanan untuk bulan ini.
Hujan yang turun juga bukan satu masalah bagi yang mahu keluar berbelanja. Sudah banyak pusat membeli-belah wujud di Nilai ini. Pusat-pusat ini pula menyediakan laluan berbumbung dari tempat parkir sehingga ke hadapan pintu masuk. Salah-satunya Giant di 9 Avenue.
Jadi, ketika hujan turun, tidaklah para pelanggan yang datang kebasahan. Mereka tidak perlu mengeluarkan payung atau berlari sepantas Watson Nyambek untuk mengelakkan titisan hujan. Keluar sahaja dari kereta, sudah ada bumbung yang menadah air yang turun. Alhamdulillah.
Tapi....
Mungkin tuan punya motor takut motornya berkarat dek air hujan yang berkemungkinan besar teroksida dengan angin yang bertiup kencang. Kerana itu mereka tidak kisah meletakkan motorsikal di laluan berbumbung khusus untuk pejalan kaki. Biarlah pejalan kaki kebasahan sedikit. Jika ada yang mendukung anak kecil, terpaksa mengelak motorsikal sambil mengelak juga air hujan. Mungkin ini satu daripada sumbangan pemilik motorsikal tersebut untuk membantu para pembeli/pengunjung ke situ untuk menguruskan badan (jadi boleh menyelit dengan mudah antara motorsikal yang menghalang laluan).

Ulasan