Kalau dilaporkan begini, bagaimana...?


Kecoh juga sehingga ada orang besar negara turut melibatkan diri dalam isu kain sarong. Semuanya gara-gara laporan yang kononnya menggambarkan betapa si pengadu dimalukan dengan kain sarong!
Bagaimana pula jika dilaporkan seorang pelanggan wanita tidak patuh kepada etika berpakaian di premis kerajaan?
Rata-rata golongan seperti pengadu (terutamanya generasi mudanya) tidak lagi pandai berpakaian sopan. Lihat sahaja di pasaraya. Di jalan-jalan. Di pasar malam. Apa yang mereka pakai untuk keluar rumah? Seluar pendek yang adakalanya terlalu pendek sehingga nampak papan punggung!!!
Salahkah berpakaian sedikit sopan?
Malah kini remaja Melayu Islam juga sudah jadi hamba fesyen. Bertudung tapi seluarnya seolah-olah boleh dibayangkan daging yang diselindungkan.
Rukun negara kelima: "Kesopanan dan kesusilaan", apakah sudah tidak lagi diambil peduli?
*Saya pernah dihalang dari masuk ke Jabatan Perdana Menteri hanya kerana tidak memakai kasut. Saya terima dengan hati yang terbuka kerana saya gagal mematuhi kod etika berpakaian yang ditetapkan.

adlienikman
-10 Jun 2015-

Ulasan

Catatan Popular