Kita Yang Terpedaya
Benarlah sabda Baginda Rasul Allah junjungan mulia
zaman ini zaman umat yang ramai
namun umat itu umpama buih-buih di lautan
terbentuk dari hempasan ombak laut ke pantai
pecah kerana hilang daya tahan lambungan
akhirnya buih itu tetap berada di situ juga
silih berganti namun tiada penghujungnya
Benar jugalah sabda Baginda
iman kita ibarat sehelai kulit bawang
nipis yang tidak boleh dihiris lagi
ditiup angin terbuai-buai entah ke mana
Lihatlah sekeliling kita
tanahair ini bumi Islam yang subur
masyarakat Muslim bertebaran di setiap inci bumi
ada yang berilmu
ada yang berpura-pura
ada yang memang tidak tahu
Islam di sini Islam yang unik
dalam merdu suara azan berkumandang
insan masih hanyut di depan televisyen
ada yang sibuk melayar alam maya
ada yang asyik berasmaradana
tiada batas bergaul berlainan jantina
yang dicari hanya kepuasan sementara
sedang yang hakiki ditinggalkan begitu sahaja
Ramainya Muslim ibarat buih di pantai
tidak mampu memakmurkan masjid dan surau-surau
tiap waktu solat fardhu diisyaratkan
makmum yang datang bertongkat dan berpapah
makmum yang hadir sudah putih rambutnya
makmum yang ada sekadar duduk di kerusi
mengikut Imam dalam saf yang tidak berisi
Lihat pula di malam-malam Ramadhan
tiada ruang kosong untuk meletakkan kereta
hatta ke jalan melimpah melata
masing-masing ingin merebut pahala yang dijanjikan berganda
namun
sebentar cuma
sepuluh Ramadhan terakhir ruang masjid kembali menyepi
tinggalkan makmum yang benar-benar ikhlas menagih janji Ilahi
Zaman ini zaman yang menghancurkan
dosa berlaku dalam sedar dan menyesatkan
ilmu bertimbun namun tidak memanfaatkan
Hai rakan taulanku
mari kita kembali ke jalan-Nya
hidup ini tidak seharusnya lama
sehabis umur yang rugi tetap kita
andai kita masih tetap terpedaya
Lihat caramu bertutur, selamatkah insan di sekeliling kita?
Lihat caramu berpakaian, tergodakah lelaki yang memandangnya?
Lihat caramu bekerja, tertunaikah amanah yang dijunjung di kepala?
Jangan kita cepat berpuas hati
sempurna itu bukan sifat diri
hanya Allah yang patut dipuji
tetapkan di hati
kerana Allah kita wujud
kerana-Nya jugalah kita kembali
Adlie
HSgB
-update 18 Julai 2013-

Ulasan