Seulas Ferrero Sekeping Cinta
Seulas Ferrero Sekeping Cinta
Tersenyum seorang ayah
Melihat anak-anaknya berwajah gembira
Tertawa riang tergambar ceria
Seulas Ferrero buat setiapnya
Manisan mewah idaman semua
Di hari yang biasa
Ferrero senantiasa dibatasi had
Manakan mungkin wang sebanyak itu dihabisi
Buat tiga ulas coklat kecil
Sedang ia boleh dibuat belanja
Tujuh ekor selar kuning
Untuk santapan sekeluarga
Cuma hari itu sedikit istimewa
Ayah dikurniakan lebihan rezeki
Kerana gembiranya si ayah
Ferrero diambil sekali
Saat ingin dibayar belanja di pasar besar itu
Kata si ibu... ‘tak mengapa kah’
Ayah tersenyum sambil mengangguk
Dan ibu turut tersenyum sama
Tatkala melihat keletah ketiga-tiga anak
Bersorak kecil demi seulas manisan mewah
Yang bakal dicicipi di luar pasar nanti
Demi tawaan gembira anak-anaknya
Ayah berbelanja sedikit lebih
Walau wang di poket telah menipis
Mengharap sekeping cinta itu terus utuh
Walau dengan seulas Ferrero
Khairul Adli Nikman
8 Januari 2019
Perodua Nilai
Tersenyum seorang ayah
Melihat anak-anaknya berwajah gembira
Tertawa riang tergambar ceria
Seulas Ferrero buat setiapnya
Manisan mewah idaman semua
Di hari yang biasa
Ferrero senantiasa dibatasi had
Manakan mungkin wang sebanyak itu dihabisi
Buat tiga ulas coklat kecil
Sedang ia boleh dibuat belanja
Tujuh ekor selar kuning
Untuk santapan sekeluarga
Cuma hari itu sedikit istimewa
Ayah dikurniakan lebihan rezeki
Kerana gembiranya si ayah
Ferrero diambil sekali
Saat ingin dibayar belanja di pasar besar itu
Kata si ibu... ‘tak mengapa kah’
Ayah tersenyum sambil mengangguk
Dan ibu turut tersenyum sama
Tatkala melihat keletah ketiga-tiga anak
Bersorak kecil demi seulas manisan mewah
Yang bakal dicicipi di luar pasar nanti
Demi tawaan gembira anak-anaknya
Ayah berbelanja sedikit lebih
Walau wang di poket telah menipis
Mengharap sekeping cinta itu terus utuh
Walau dengan seulas Ferrero
Khairul Adli Nikman
8 Januari 2019
Perodua Nilai
Ulasan