Kerja rumah ada?

Minggu pertama persekolahan bagi anak darjah 1:

Ayah: Hari ni ada kerja rumah tak?

Anak: Mana belajar lagi, ayah.

Ayah: Ooo ye ke. Habis buat apa je kat sekolah?

Anak: Cikgu bagi kertas untuk warna je.


Bulan pertama persekolahan:

Ayah: Cikgu dah bagi kerja rumah ke?

Anak: Mana ada kerja rumah.

Ayah: Betul ke ni?

Anak: Betullah. Memang takde kerja rumah.

Ayah: Ayah nak tengok beg sekolah lah. Meh sini beg.

Anak bawa beg ke ayahnya, dan tunjukkan buku di dalam beg.

Anak: Kan dah kata, takde kerja sekolah.

Ayah: Oklah.


Beberapa bulan selepas dari bulan pertama bermulanya persekolahan:

Ibu: Abang tengok ni, mesej cikgu anak kita ni.

Ibu mengunjukkan telefonnya yang memaparkan teks yang ditulis oleh guru kelas anak mereka.

Ibu: Dia tak buat kerja sekolah. Buku pun tak bawa.

Ayah: Abang tanya dia setiap hari, dia jawab tak pernah ada kerja sekolah. Memang nak kena dia ni.

Ayah menjerit memanggil nama si anak.

Ayah: Ni baca ni apa cikgu tulis.

Si anak dengan muka penuh ketaatan membaca teks gurunya tadi. Di akhir bacaannya, dia hanya tersenyum.

Ayah: Apa senyum-senyum? Ko ingat ni lawak ke?  Ko tak buat kerja sekolah, ko tak bawa buku ke sekolah, ko ingat elok ye...

Tangan ayah pantas hinggap ke telinga si anak. Menjinjit si anak untuk mengimbangi pulasan di telinga dengan arah tarikan tangan si ayah. Mukanya berkerut dan mula memerah. Air mata mula bergenang di bawah mata.

Ayah: Tak payah nak nangis-nangis. Selama ni ko tipu ayah dan ibu. Cakap takde kerja sekolah. Ni apa ni?

Ayah: Ko pergi ambil buku yang cikgu cakap ni. Jangan kata buku tu takde. Cikgu cakap dah bagi pagi tadi pada semua orang.

Si anak berlambat-lambatan mengambil buku yang diminta. Dia tahu, rahsianya bakal terbongkar.

Ayah dan ibu memeriksa buku tersebut. Alangkah kecewa dan marah mereka melihat buku yang sudah serupa belacan walaupun baunya masih belum cukup zat untuk menjadi belacan.

Betullah seperti kata guru anaknya itu: "Dia tak buat kerja sekolah, puan. Buku dia pun dah kuning".

Mata mereka berdua tertancap pada satu muka surat. Marah mereka semakin meninggi.


Ayah mengambil penyangkut baju yang ada tergantung di tangga.

Ayah: Tadah tangan. Tadah tangan, ayah cakap!!

Piap! Piap! Piap!

Ayah: Pergi ambil buku tulis baru. Ko kena buat semula semua kerja sekolah ni. Ko jangan tidur malam ni.

Ulasan

Catatan Popular