Warisan Zaman Berzaman
Setiap pagi Rabu, pemandangan inilah yang menjadi pembakar amarah. Sebelah malamnya, kawasan ini adalah tapak pasar malam. Lokasinya memang strategik kerana ia terletak berdekatan dengan kawasan perumahan dan bersebelahan dengan lot-lot kedai. Laluan ini kebiasaannya kosong pada hari-hari lain kecuali beberapa buah kenderaan termasuk lori yang diparkir di tepi-tepi jalan oleh pemandu yang mahu menjamu selera di kedai makanan Cina yang terletak berhampiran.
Persoalan besar: Patutkah perkara ini berlaku berulang-ulang kali minggu demi minggu tanpa henti?
PBT (Majlis Perbandaran Nilai) harus melihat perkara ini dengan serius. Sampah-sarap yang bertaburan di jalanan mengundang pelbagai masalah, bukan hanya pemandangan yang jelik, tetapi boleh menjadi punca kepada penularan penyakit bawaan haiwan.
Pada ketika gambar ini diambil (7.30 pagi), kelihatan beberapa pekerja pembersihan yang diupah kontraktor pembersihan menjalankan tugas-tugas yang sepatutnya dilakukan oleh para peniaga dan pengunjung pasar malam - membuang sampah dengan betul.
Boleh diperhatikan, terdapat banyak gagak hinggap dan mencari rezeki di kawasan itu. Bagaimana dengan awal pagi tadi? Tidak mustahil kawasan ini dipenuhi tikus dan lipas. Bakeria? Oh, tentulah tidak ada sesiapa boleh mengatakan bakteria dan mikrob berbahaya memenuhi kawasan itu dari pandangan kasar. Cuba dijalankan ujian mikrobiologi. Buat tissue culture. Keputusannya tentu mengejutkan!!
Inikah sikap yang mahu diwariskan kepada generasi anak-anak kita, yang saban waktu melihat pemandangan ini ketika mereka berpergian ke sekolah? Tepuk dada, tanyalah iman.
Ulasan