Andai Aku Kaya
Andai aku kaya
dari warisan bapaku dan bapanya
pasti hidup tidak segetir ini
setiap saat amat mudah untuk ditempuhi
tanpa memikirkan hutang piutang
tanpa mengeluh belanja keluarga
juga tidak mungkin aku fahami
bagaimana insan lain tidak boleh sekaya aku
Andai aku kaya
dari wang yang kupijak di jalanan
hidup juga akan menjadi nyaman
namun mungkin seketika
kerana gundah memikirkan pemiliknya
yang mungkin saja sanggup membunuh
demi haknya
Andai aku kaya
hasil dari juadah roti kaya
dalam keperitan ibu dan bapa
membesarkan kami sehingga menjadi manusia
semangat untuk berjaya meluap-luap
menitik keringat bapa dan air mata ibu ke bumi
menjadi azimat untuk merubah segala
gedung ilmu akan kuteroka
susur cendekiawan akan kutempuh
Andai aku kaya kerana juadah roti kaya
tentu kayaku itu lebih bermakna
bukan sahaja untuk diriku
malah ibu bapa teristimewa
adlienikman
HSgB
3 Oktober 2013 (7.45 pagi)
dari warisan bapaku dan bapanya
pasti hidup tidak segetir ini
setiap saat amat mudah untuk ditempuhi
tanpa memikirkan hutang piutang
tanpa mengeluh belanja keluarga
juga tidak mungkin aku fahami
bagaimana insan lain tidak boleh sekaya aku
Andai aku kaya
dari wang yang kupijak di jalanan
hidup juga akan menjadi nyaman
namun mungkin seketika
kerana gundah memikirkan pemiliknya
yang mungkin saja sanggup membunuh
demi haknya
Andai aku kaya
hasil dari juadah roti kaya
dalam keperitan ibu dan bapa
membesarkan kami sehingga menjadi manusia
semangat untuk berjaya meluap-luap
menitik keringat bapa dan air mata ibu ke bumi
menjadi azimat untuk merubah segala
gedung ilmu akan kuteroka
susur cendekiawan akan kutempuh
Andai aku kaya kerana juadah roti kaya
tentu kayaku itu lebih bermakna
bukan sahaja untuk diriku
malah ibu bapa teristimewa
adlienikman
HSgB
3 Oktober 2013 (7.45 pagi)
Ulasan