Apabila Yang Berkuasa Tidak Berdaya...

Apabila yang berkuasa tidak berdaya
semangat hitam menyelubungi dunia
gelap pekat tiada cahaya
menabiri setiap derap kaki yang berkematu
mengetuk jiwa manusia yang kecewa
mengherdik hati yang terasa

Apabila yang berkuasa tidak berdaya
mana mungkin dunia dapat melihat cahaya
walau mentari sedari pagi memancarkan senyumnya
walau sapa angin membawa perkhabaran ceria walau kicauan unggas menggambarkan hidupnya bicara
dunia itu tetap gelap dan pekat dalam kuasa hitam yang menjelekkan minat

Apabila yang berkuasa tidak berdaya manusia yang lemah di bawah terus dihenyak-henyak
manusia yang merintih hanya terdengar di dalam jiwanya
manusia yang derita menunggu masa untuk dipancung keyakinannya
hancurlah dunia di antara dua biji mata
kiamatlah alam di antara mulut dan telinga

Apabila yang berkuasa tidak berdaya
ia akan terus menghantui
sehingga alir darahnya terhenti
dan hilang denyut nadinya sendiri
maruah dan harga diri tidak lagi perlu diuji
kerana ia telah terbukti bahawa yang berkuasa itu telah tiada taringnya lagi...


merahberapi
31 Dis 2012

Ulasan

Catatan Popular