Hakikat Perjuangan
Pasti awan kelabu membalik suram sejuta wajah
wajah yang mengharapkan cahaya
dalam remang dunia yang hiruk pikuk dek gelodak nafsu
tanpa sedar
terlalu ramai yang menderita
dalam bahagia yang dirampas begitu sahaja
dengan definisi kemakmuran sejagat
Cahaya yang dinantikan terlalu sukar menembus gelapnya mendung
mendung pada perjuangan mempertahankan hak dan maruah
tatkala suara-suara sumbang masih menggetarkan propaganda
bumi yang dipijak telah tergadai sedikit demi sedikit
yang tinggal hanya dominasi pada nama dan sejarah
sedang hakikatnya bumi itu telah habis dijajah
Maruah dan hak semakin pudar ditelan laungan islah
maruah dan hak yang masih ada tercemar dalam budaya karut
dengan belia hanyut dalam dunia yang penuh kepura-puraan
benteng bangsa sedang lemah dipermainkan
hanyut jauh daripada perjuangan yang murni
tiada lagi barisan yang ampuh menghalang perpecahan
hidup seumpama dibuai khayalan
Tahun-tahun merdeka telah lama berlalu
telah hilang wajah manis tersenyum para pejuang bangsa
telah luntur warna kemegahan yang tersemat di dada
yang tinggal hanya pewaris yang masih keliru
bersama lidah yang kelu dan iman yang lesu
Khairul Adli Nikman
Hospital Sungai Buloh
2 Ogos 2010

Ulasan