Mini Rumah Terbuka

Alhamdulillah, aku dan isteri telah berjaya menganjurkan sebuah rumah terbuka (mini) bagi beberapa tetamu. Nak kata rumah terbuka pun entahlah. Skalanya terlalu kecil. Makan-makan je kot..

Bukan ape, asalnya cuma nak mengajak jiran sebelah rumah datang ke rumah untuk beraya sebagai balasan kami berdua ke rumah mereka. Tiba-tiba, datang seorang lagi jiran menjemput ke rumah terbukanya. Nak tak nak, terpaksalah juga menjemput dia ke rumah aku (kononnya ada makan-makan sikit).

Pastu teringat lak pada adik yang ada di putrajaya. Ajak dia dan suaminya pulak. Dah jadi ramai, maka terpaksalah mencari bahan untuk jamuan dan makan2. Peralatannya lagi. Semua baru nak dibeli pada malam sebelumnya.

Nasib baik pada pagi hari makan-makan tuh, (12 Okt 2008) ada satu kedai makan nih sanggup untuk sediakan nasi ayam untuk 30 orang. Alhamdulillah... Pada jam 12 tengahari, aku dan isteri pergi lah ambil di kedai makan tersebut. Banyaknya lebih dari cukup untuk 40 orang makan. Maka kitorang pun mulalah mengajak kawan-kawan yang lain. (Sate pun dah ditempah sebanyak 150 cucuk)

Dan akhirnya, majlis itu yang aku sangka sampai petang selepas asar saje, berlanjutan ke jam 10 malam. Letih jangan cakaplah.. Kali pertama buat rumah terbuka walaupun taklah terbuka sangat. Kesian pada isteri aku. Walaupun tengah sarat mengandung tapi sanggup juga menyediakan pelbagai persiapan untuk para tetamu. Terima kasih sayangku...

Insyaallah, pada tahun akan datang, kalau aku buat lagi jamuan sebegini, aku akan buat dalam skala yang lebih besar dan pastinya lebih teratur dengan perancangan yang teliti. Belanja pun tentulah lebih lagi.. HEHEHEHE

Ulasan

Catatan Popular